Wednesday, 13 April 2016

Faedah Perpustakaan

     Perpustakaan adalah gedung ilmu.Di sana,terdapat banyak bahan bacaan seperti buku cerita,novel,majalah dan surat khabar.Terdapat banyak perpustakaan di negara kita bagi memudahkan kita untuk membaca.Dengan membaca,pengetahuan murid akan meningkat dan mungkin boleh membantu mereka dalam pembelajaran.
     Antara faedah di perpustakaan ialah,kita sebagai seorang pelajar dapat mengisi masa lapang dengan membaca.Mereka yang suka pergi ke perpustakaan untuk membaca pasti dapat mengelakkan daripada diri terjebak ke dalam gejala sosial.Dari situ,murid akan menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan masa depan menjadi cerah.
    Selain itu,kita juga dapat membentuk disiplin diri di perpustakaan.Ini kerana di perpustakaan mempunyai peraturan-peraturan yang harus dipatuhi seperti larangan membuat bising dan memulangkan buku yang dipinjam mengikut tarikh.Dengan adanya peraturan ini,murid akan lebih berdisiplin dan saling menghormati antara satu sama lain.
   Di samping itu,kita juga dapat menjimatkan wang ibu bapa kita.Kita tidak perlu membeli buku di kedai kerana sudah banyak buku disediakan di perpustakaan.Oleh itu,wang itu boleh disimpan untuk kegunaan masa kecemasan atau membeli barang keperluan harian.
   Kesimpulannya,banyak faedah terdapat di perpustakaan.Kita haruslah memanfaatkan perpustakaan agar kita mendapat kemajuan dalam pelajaran.Dari situ,wujudlah masyarakat Malaysia yang bijak dan berdisiplin.

12 comments: