Bersukan merupakan aktiviti riadah yang memberikan manfaat kepada kita.Kerajaan malah menggalakkan kita untuk sentiasa melibatkan diri dalam sukan.Ini kerana bersukan mempunyai banyak faedah.
Antara faedah bersukan adalah,bersukan dapat menyihatkan tubuh badan dengan berpeluh ketika bersukan.Antara aktiviti sukan yang mengeluarkan peluh ialah berbasikal,bermain badminton,bermain bola sepak dan banyak lagi.Dari situ,badan kita akan sentiasa sihat dan cergas bak kata pepatah akal yang sihat terletak pada badan yang sihat.
Selain itu,bersukan juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara keluarga mahupun rakan kita.Kita juga dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja ketika bersukan di taman.Kebiasaannya,kita akan bertegur sapa dengan orang di sekeliling kita apabila berjoging.Dengan itu,kita dapat memupuk perpaduan di kalangan penduduk.
Seterusnya,kita juga dapat memanfaatkan masa lapang.Sesi latihan sukan biasanya diadakan pada waktu lapang.Dari situ,kita dapat mengelakkan daripada terjebak dalam gejala sosial.
Di samping itu,bersukan juga dapat mengharumkan nama sekolah.Kita dapat mewakili sekolah ke pertandingan sukan.Apabila kita memenangi pertandingan yang disertai,dengan serta merta kita telah berjaya mengharumkan nama sekolah.Kita juga semakin dikenali dan rezeki kita turut bertambah.
Kesimpulannya,tidak ada kerugian jika kita suka bersukan.Marilah kita bersama-sama menyahut cabaran agar wujud masyarakat di Malaysia yang sihat dan bijak.
Karangan Bahasa Melayu
Thursday, 14 April 2016
Aku Sebagai Otak Manusia
Aku merupakan organ yang terpenting dalam tubuh manusia.Warnaku putih dan kekuningan.Aku terletak di kepala manusia dan dilindungi oleh tengkorak yang keras.
Aku mempunyai beberapa jenis komponen yang terdiri daripada otak besar,otak kecil dan saraf tunjang.Aku hanya mewakili 5% daripada keseluruhan berat badan manusia.Walau begitu,aku juga mampu untuk menyimpan 15 trillion maklumat di dalam tubuhku.
Fungsiku adalah untuk berfikir.Aku dicipta untuk menyimpan segala memori dalam kehidupan manusia.Selain itu,aku turut digunakan untuk menyelesaikan masalah kehidupan manusia.
Aku juga memerlukan makanan.Makananku ialah oksigen,glukosa dan garam mineral.Tanpa makanan tersebut,aku tidak dapat berfungsi dengan baik.Aku sangat membencikan dadah,arak dan minuman bergas kerana akan memudaratkanku.
Tidak ramai manusia mengetahui fungsi otak kanan dan kiriku.Otak kiriku merangsang kecerdasan kademik seperti kecerdasan bahasa dan logik matematik.Otak kananku pula merangsang aktiviti santai seperti muzik dan pergerakan tubuh.Manusia akan menjadi lebih cemerlang apabila menggunakan kedua-dua belah otakku dengan baik.
Kini,sangat sedikit informasi tentang diriku telah diketahui oleh manusia.Justeru itu,aku berharap kajian terhadap diriku dilakukan agar manusia lebih memahami kemampuan aku sebagai otak manusia.
Wednesday, 13 April 2016
Faedah Perpustakaan
Perpustakaan adalah gedung ilmu.Di sana,terdapat banyak bahan bacaan seperti buku cerita,novel,majalah dan surat khabar.Terdapat banyak perpustakaan di negara kita bagi memudahkan kita untuk membaca.Dengan membaca,pengetahuan murid akan meningkat dan mungkin boleh membantu mereka dalam pembelajaran.
Antara faedah di perpustakaan ialah,kita sebagai seorang pelajar dapat mengisi masa lapang dengan membaca.Mereka yang suka pergi ke perpustakaan untuk membaca pasti dapat mengelakkan daripada diri terjebak ke dalam gejala sosial.Dari situ,murid akan menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan masa depan menjadi cerah.
Selain itu,kita juga dapat membentuk disiplin diri di perpustakaan.Ini kerana di perpustakaan mempunyai peraturan-peraturan yang harus dipatuhi seperti larangan membuat bising dan memulangkan buku yang dipinjam mengikut tarikh.Dengan adanya peraturan ini,murid akan lebih berdisiplin dan saling menghormati antara satu sama lain.
Di samping itu,kita juga dapat menjimatkan wang ibu bapa kita.Kita tidak perlu membeli buku di kedai kerana sudah banyak buku disediakan di perpustakaan.Oleh itu,wang itu boleh disimpan untuk kegunaan masa kecemasan atau membeli barang keperluan harian.
Kesimpulannya,banyak faedah terdapat di perpustakaan.Kita haruslah memanfaatkan perpustakaan agar kita mendapat kemajuan dalam pelajaran.Dari situ,wujudlah masyarakat Malaysia yang bijak dan berdisiplin.
Subscribe to:
Posts (Atom)